Menggamit Keinsafan Sebuah Harapan...itu lah antara ungkapan yg dapat saya luahkan selepas hampir sehari bersama warga Taman Sinar Harapan, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor hari ini..Menyusuli sinar-sinar mata milik penghuninya mencetuskan rasa keinsafan diri yg sgt mendalam serta kesyukuran yg tak terhingga di sisip dgn rasa simpati bercampur sayang.Kali pertama menjejakkan kaki di bumi sinar harapan 'golongan istimewa' ini, tidak pernah terlintas di fikiran tentang kedaifan hidup yg terpaksa di tanggung penghuninya.Melihatkan gelagat penghuninya yang sentiasa mengalu-alukan kedatangan insan yg sudi menghulurkan tangan menyambut kasih dan perhatian mengundang sebak di hati.Betapa sucinya mereka umpama bayi yg baru dilahirkan,ibarat hanya mengenali kicauan burung yg langsung tak dapat di capai dengan tangan.Itulah sebuah sinar harapan yg di tunggu-tunggu selama ini...Sebuah harapan dan kasih sayang dari insan bergelar hambaNya...
Wednesday, March 11, 2009
Monday, March 9, 2009
Sempena Maulidur Rasul s.a.w 1430 H
Hari ini kita mengingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Tetapi persoalannya apakah kita hanya sekadar menyambutnya begitu sahaja tanpa mahu mengkaji dan mengamalkan segala sunah, perintah dan wasiatnya?
Rasullullah SAW bersabda: Saya memberikan wasiat kepada kamu semua supaya bertakwa kepada Allah dan mendengar serta mentaati penguasa, sekalipun yang memerintah kamu semua itu adalah hamba sahaya. Sebenarnya sesiapa yang hidup sepeninggalanku akan melihat dan menemui pelbagai macam perselisihan. Oleh itu, tetaplah kamu semua memegang sunahku dan sunah para khalifah yang memperoleh petunjuk yang baik-baik sesudah aku nanti. Gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi taringmu sesudah aku nanti (yakni berpeganglah sekuat-kuatnya). Jauhilah olehmu semua perkara yang baru dibuat-buat (yang disebut bidaah), sebab sesungguhnya bidaah adalah sesat.
Demikianlah pesan Rasullullah SAW. Namun cubalah kita merenung keadaan umat Islam sekarang, apakah segala yang dipesan atau diwasiatkan oleh Baginda dilaksanakan?

Sunday, March 8, 2009
Mutiara Kata Hari Ini...
Subscribe to:
Posts (Atom)