Monday, March 9, 2009

Sempena Maulidur Rasul s.a.w 1430 H


Hari ini kita mengingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Tetapi persoalannya apakah kita hanya sekadar menyambutnya begitu sahaja tanpa mahu mengkaji dan mengamalkan segala sunah, perintah dan wasiatnya?
Rasullullah SAW bersabda:
Saya memberikan wasiat kepada kamu semua supaya bertakwa kepada Allah dan mendengar serta mentaati penguasa, sekalipun yang memerintah kamu semua itu adalah hamba sahaya. Sebenarnya sesiapa yang hidup sepeninggalanku akan melihat dan menemui pelbagai macam perselisihan. Oleh itu, tetaplah kamu semua memegang sunahku dan sunah para khalifah yang memperoleh petunjuk yang baik-baik sesudah aku nanti. Gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi taringmu sesudah aku nanti (yakni berpeganglah sekuat-kuatnya). Jauhilah olehmu semua perkara yang baru dibuat-buat (yang disebut bidaah), sebab sesungguhnya bidaah adalah sesat.
Demikianlah pesan Rasullullah SAW. Namun cubalah kita merenung keadaan umat Islam sekarang, apakah segala yang dipesan atau diwasiatkan oleh Baginda dilaksanakan?

No comments:

Post a Comment