Wednesday, March 11, 2009

Sinar yang berkilau umpama bintang yg menerangi malam...



Menggamit Keinsafan Sebuah Harapan...itu lah antara ungkapan yg dapat saya luahkan selepas hampir sehari bersama warga Taman Sinar Harapan, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor hari ini..Menyusuli sinar-sinar mata milik penghuninya mencetuskan rasa keinsafan diri yg sgt mendalam serta kesyukuran yg tak terhingga di sisip dgn rasa simpati bercampur sayang.Kali pertama menjejakkan kaki di bumi sinar harapan 'golongan istimewa' ini, tidak pernah terlintas di fikiran tentang kedaifan hidup yg terpaksa di tanggung penghuninya.Melihatkan gelagat penghuninya yang sentiasa mengalu-alukan kedatangan insan yg sudi menghulurkan tangan menyambut kasih dan perhatian mengundang sebak di hati.Betapa sucinya mereka umpama bayi yg baru dilahirkan,ibarat hanya mengenali kicauan burung yg langsung tak dapat di capai dengan tangan.Itulah sebuah sinar harapan yg di tunggu-tunggu selama ini...Sebuah harapan dan kasih sayang dari insan bergelar hambaNya...

No comments:

Post a Comment